Bitcoin adalah cryptocurrency.
Atau dalam bahasa lebih mudah, matawang digital (digital currency).
Bitcoin dicipta oleh ‘Satoshi Nakamoto’ pada Januari 2009. Berbeza dengan virtual currency, Bitcoin boleh digunakan sebagai medium pertukaran untuk memiliki sesuatu barang dan perkhidmatan dalam dunia sebenar. Sudah tentu oleh oleh mereka yang menerima bitcoin sebagai mode of payment.
Bitcoin juga adalah digital currency yang bersifat decentralized. Maksudnya, tidak seperti Ringgit Malaysia yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Bitcoin tidak ada financial regulator seperti BNM. Memandangkan ia adalah decentralized digital currency, ada satu aktiviti penting yang membolehkan bitcoin ini berfungsi dengan baik sebagai matawang iaitu bitcoin mining.
Bitcoin Sebagai Pelaburan ?
Setakat ini saya tidak pernah terlibat dalam apa-apa transaksi Bitcoin.
Dan saya lebih melihat Bitcoin sebagai medium of exchange.
Memetik kata-kata Warren Buffett:
Whether the currency a century from now is based on gold, seashells, shark teeth, or a piece of paper (as today), people will be willing to exchange a couple of minutes of their daily labor for a Coca-Cola or some See’s peanut brittle. In the future the U.S. population will move more goods, consume more food, and require more living space than it does now. People will forever exchange what they produce for what others produce.
Sekiranya ia adalah aset pelaburan sekalipun, maka sudah tentu rule of investment terpakai. Antaranya, berhati-hati dengan peluang yang menjanjikan dapat menjadi jutawan bitcoin dengan sekelip mata.
Bitcoin Halal Atau Haram ?
Ada situasi dapat berlaku.
- Sekiranya Bitcoin sudah disepakati sebagai matawang. Maka sudah tentu hukum Shariah bay’ sarf diguna pakai. Hukumnya sama seperti jual beli emas, perak dan duit kertas.
- Sekiranya Bitcoin ini akhirnya menjadi komoditi digital sahaja, maka jual beli lah sesuka hatimu.
No comments:
Post a Comment